LVG pertaruhkan nasib di Man United

LVG pertaruhkan nasib di Man United

MANCHESTER, 28 Jan – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal mempertaruhkan nasibnya sekali lagi menjelang perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang kelab divisyen dua, Derby County, Sabtu ini.

Kekalahan 1-0 kepada Southampton di tempat sendiri menyebabkan muncul semula khabar angin yang mendakwa Van Gaal diberi tawaran untuk meletak jawatan dan biarpun dakwaan itu dinafikan kelab, kekalahan kepada Derby sekali lagi akan menyaksikan spekulasi itu bakal timbul.

United memerlukan masa tambahan bagi Wayne Rooney menjaringkan gol penalti untuk menewaskan kelab divisyen tiga, Sheffield United dalam pusingan ketiga dan kapten United itu sekali lagi diuji di Stadium iPro, di mana United menang 4-1 dalam pusingan kelima pada 2009.

“Kami tahu, seperti mana kami bermain sebelum ini, ia bakal menjadi perlawanan sukar dengan keadaan yang baik pada Jumaat malam (awal pagi esok),” kata Rooney kepada MUTV.

“Saya pasti mereka akan bersedia untuk itu dengan penyokong mereka dan kami akan bersedia juga kerana kami mempunyai pengalaman dalam perlawanan seperti ini. Pemain yang bersama kami tahun lalu dan bermain menentang Cambridge dan Yeovil akan melihat saingan Piala FA ini lebih kepada pertarungan berbanding permainan bola sepak.

Pengurusan Van Gaal sekali lagi akan diuji apabila Man United menentang Derby County dalam saingan Piala FA. – Reuters
Pengurusan Van Gaal sekali lagi akan diuji apabila Man United menentang Derby County dalam saingan Piala FA. – Reuters

“Kami perlu bersedia untuk itu dan bersedia bagi perlawanan sukar kerana saingan piala ini penuh dengan kejutan. Derby tidak akan kehilangan apa-apa. Tiada siapa yang menjangkakan mereka akan menang dan mereka akan cuba mencipta kejutan. Kami tahu itu dan kami bersedia untuk itu.

“Ia akan menjadi malam yang sukar bagi kami. Sheffield United di laman sendiri juga adalah satu perlawanan sukar, jadi kami perlu bersedia bertarung dan memenangi pertarungan ini. Saya harap kami mempamer kualiti yang sepatutnya sepanjang perlawanan.”

Derby, diuruskan bekas penolong jurulatih Real Madrid, Paul Clements, bakal menyertai perlawanan itu selepas kekalahan 4-1 kepada Burnley pada Liga Bola Sepak, yang menyaksikan mereka di tempat kelima dalam divisyen kedua di England.

Tetapi Clements mahu membawa pasukannya itu yang kali terakhir menewaskan United pada Piala FA 1897.

“Apa yang menjadi cabaran, untuk bermain menentang salah satu kelab terbesar di bola sepak dunia,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA