LVG puji gol Depay

LVG puji gol Depay

MANCHESTER, 19 Ogos – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal mahu ‘mencium’ Memphis Depay selepas meledak dua gol bagi mencipta kemenangan 3-1 pada perlawanan play-off pertama ke atas Club Brugge, di Old Trafford, semalam.

Ini berikutan United terpaksa bangkit daripada ketinggalan pada minit ke-8 apabila Michael Carrick menjaringkan gol sendiri namun Depay menghadiahkan dua gol pada minit ke-13 dan ke-43.

Malah, Depay yang baharu dibawa ke Old Trafford, membantu Marouane Fellaini untuk gol ketiga menerusi tandukan pada minit-minit terakhir permainan tamat.

Kecemerlangan Depay beraksi menentang kelab dari Belgium itu nyata menaikkan semangat van Gaal yang terus berkata: “Saya mahu menciumnya malam ini.”

Ia sebahagian daripada penjelasan van Gaal betapa dia agak keberatan untuk menamakan individu dalam pasukannya namun nilai sebenar Depay dapat dilihat dan agar menjadi contoh kepada pemain muda lain. Ia gol pertama Depay sejak dibawa masuk dengan nilai AS$39.1 juta/35.2 juta Euro) dari PSV Eindhoven.

Depay (dua kanan) menjaringkan gol kedua United semasa menentang Club Brugge di Old Trafford semalam. – AFP
Depay (dua kanan) menjaringkan gol kedua United semasa menentang Club Brugge di Old Trafford semalam. – AFP

United mendapatkan keselesaan pendahuluan dua gol ke atas pasukan Belgium itu walaupun dikejutkan awal menerusi jaringan sendiri Michael Carrick, yang menewaskan Sergio Romero untuk meletakkan pasukan pelawat di depan.

Bintang dari Belanda itu meneruskan rentak menariknya sejurus sebelum separuh masa pertama dengan meluru dari sudut kiri dan melepaskan rembatan melencong menewaskan Sebastien Bruzzese.

Red Devils bekerja keras untuk mendapatkan gol penting ketiga dan akhirnya berjaya pada saat–saat akhir selepas Brugge dikurangkan kepada 10 pemain, dengan Marouane Fellaini, yang pernah beraksi di bawah bimbingan jurulatih Brugge, Michel Preud’homme di Standard Liege dari 2006-08, menjaringkan gol. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA