LVG puji penyokong Man United

LVG puji penyokong Man United

LONDON, 1 Jan (Reuters) – Louis van Gaal pernah melatih beberapa kelab besar, namun bagi pengurus kelahiran Belanda itu penyokong Manchester United adalah yang terbaik.

Bekas pengendali Barcelona, Bayern Munich dan Ajax Amsterdam berusia 64 tahun itu kini menjadi sasaran kritikan oleh media berikutan kemarau kemenangan yang dicatat United dalam lapan perlawanan untuk semua pertandingan.

Bagaimanapun, Van Gaal memuji reaksi hebat yang ditunjukkan penyokong kelab yang terkenal dengan jolokan The Red Devils itu.

“Saya melalui tempoh teruk, tetapi saya boleh katakan penyokong terbaik adalah di Manchester United.

“Dalam situasi sukar seperti ini mereka masih memberi sokongan serta bertepuk tangan kepada pemain dan sudah pasti ia sesuatu yang hebat,” katanya menjelang perlawanan menentang Liga Perdana Inggeris menentang Swansea City, esok.

Penyokong-penyokong United yang sentiasa bersemangat menyokong pasukan Red Devils. – Reuters
Penyokong-penyokong United yang sentiasa bersemangat menyokong pasukan Red Devils. – Reuters

United terperosok ke tangga keenam liga, sembilan mata dibezakan dengan pendahulu bersama Arsenal dan Leicester City (39 mata), namun Van Gaal sedar betapa pasukannya perlu mengelak daripada terus tergelincir dari kedudukan sekarang.

“Walaupun jurang agak besar, kami perlu mendapatkan mata. Kami perlu bekerja, siap sedia dan terjemahkan dalam perlawanan.

“Sudah tentu ia sukar apabila kamu tidak memenangi perlawanan. Kami perlu dapatkan kemenangan untuk berada di kelompok atas, bukannya di pertengahan liga.”