LVG: Sukar lawan Hotspur

LVG: Sukar lawan Hotspur

LONDON, 9 Ogos (AFP) – Pengendali Manchester United, Louis van Gaal menyifatkan aksi pasukan bimbingannya menentang Tottenham Hotspur malam tadi sebagai amat menyukarkan, meskipun memperoleh mata penuh.

“Ia aksi sangat sukar kerana kedua-dua pasukan sentiasa memberi tekanan. Jadi setiap pemain hanya mempunyai masa singkat untuk mempamerkan aksi,” katanya kepada BT Sport selepas perlawanan itu.

“Kami tidak memegang terlalu lama bola, namun kami berjaya mencipta banyak peluang.”

United memastikan mata penuh pertama musim ini dalam genggaman menerusi jaringan sendiri pemain Spurs, Kyle Walker pada minit ke-22 yang juga jaringan tunggal pada perlawanan pembukaan di Old Trafford itu.

Mengenai persembahan pemain yang baharu diikat United musim ini, Van Gaal berkata: “Selalunya memang sukar kerana mereka pertama kali beraksi di Old Trafford. Namun saya gembira persembahan mereka.”

United memulakan permainan dengan menurunkan empat pemain baharu, dengan Sergio Romero menggantikan David de Gea di gawang, yang berdepan dilema susulan cadangan perpindahannya.

Selain itu, pertahanan, Matteo Darmain, bersama perancang, Morgan Schneiderlin dan Memphis Depay manakala Bastian Schweinsteiger dimasukkan di separuh masa kedua.Semua mereka beraksi cemerlang. Dalam pada itu, pengendali skuad Spurs, Mauricio Pochettino tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya dengan kekalahan itu. Dia mengakui jaringan sendiri pada minit ke-22 itu menjadi titik permulaan kepada keputusan perlawanan berkenaan.

“Saya sangat kecewa kerana pasukan bermain dengan baik dan bertambah baik selain mencipta banyak peluang, malah kami juga menguasai permainan,” katanya selepas perlawanan. “Dengan hanya satu kesilapan, kami memberi mereka peluang untuk menang.”

ARTIKEL YANG SAMA