LVG tetap yakin raih slot Liga Juara-Juara

LVG tetap yakin raih slot Liga Juara-Juara

MANCHESTER, 4 April (AFP) – Louis van Gaal optimis betapa Manchester United kini berada di landasan tepat untuk meraih slot ke Liga Juara-Juara Eropah biarpun kelab itu berdepan musim yang sukar.

Jawatan van Gaal selaku pengurus untuk kempen keduanya di kelab berkenaan, menjadi subjek spekulasi utama sejak United tersingkir awal daripada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Disember lalu.

Kegagalan itu terus diburukkan lagi apabila United tewas di saingan Liga Europa kepada seteru utama Liverpool, bulan lalu.

Bagaimanapun, van Gaal, yang digembar gemburkan akan melepas jawatan pada musim panas ini bagi memberi laluan kepada Jose Mourinho, akan mengemudi pasukannya dalam aksi hujung minggu ini berdepan Tottenham di White Hart Lane selepas menewaskan Everton 1-0 di Old Trafford, awal pagi tadi.

Kemenangan itu adalah yang keempat buat United dalam lima perlawanan liga domestik selain membenarkan mereka berada satu mata di belakang penghuni tangga keempat, Manchester City.

Gaal yakin pasukan bimbingannya kini berada di landasan tepat untuk meraih slot ke Liga Juara-Juara Eropah biarpun kelab itu berdepan musim yang sukar. – Reuters
Gaal yakin pasukan bimbingannya kini berada di landasan tepat untuk meraih slot ke Liga Juara-Juara Eropah biarpun kelab itu berdepan musim yang sukar. – Reuters

“Dalam bilik persalinan selepas perlawanan, saya ada memberitahu pemain betapa pentingnya untuk memenangi perlawanan hari ini, dan sekiranya tidak, kemenangan ke atas (Manchester) City akan menjadi tidak bernilai,” kata van Gaal.

“Kami sering memerhati City, di mana kami ketinggalan satu mata di belakang dan kami juga perlu melihat Arsenal yang berada di depan dengan lima mata.

“Kami akan bertemu Tottenham selepas ini, ia bukan satu perlawanan yang mudah tetapi asasnya, kami bermain dengan sangat baik ketika berdepan pasukan di puncak. Sekiranya kami meneruskan corak sebegini, pastinya saya sangat gembira.”

ARTIKEL YANG SAMA