LVMH miliki majoriti saham RIMOWA

LVMH miliki majoriti saham RIMOWA

PARIS, 4 Okt – Kumpulan pengeluar barangan mewah Perancis, LVMH berkata hari ini ia telah memperoleh majoriti peratus saham dalam pengilang bagasi premium Jerman, RIMOWA sekitar 640 juta euro (AS$716 juta).

Syarikat yang berpangkalan di Cologne, dikenali bagi bagasi aluminium ringan, akan terus dijalankan oleh Dieter Morszeck, cucu lelaki pengasas RIMOWA, yang juga akan mengekalkan saham ekuiti.

“Kami berkongsi minat yang sama dengan Dieter Morszeck ke atas inovasi dan keinginan lain dalam menawarkan produk yang berkualiti tinggi yang berasal daripada tradisi pertukangan Eropah,” kata ketua eksekutif LVMH, Bernard Arnault dalam satu kenyataan.

Anak lelaki Arnault, Alexandre akan menyertai RIMOWA sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama selepas perjanjian bagi saham 80 peratus itu ditutup, yang dijangka akan berlaku pada Januari.

RIMOWA menggaji kira-kira 3,000 orang dan mengedarkan produknya di 65 buah negara iaitu hampir 150 gedung dan rakan-rakan.

Syarikat itu masih lagi berusaha untuk kekal sebagai perintis dalam industri bagasi, mereka bagasi kalis air dan menggunakan polikarbonat ringan.

Inovasi terkini termasuk skrin kecil yang memaparkan tag bagasi, memudahkan daftar masuk menerusi aplikasi khas. – AFP