LVT jadikan Pesta Bubur Lambuk acara tahunan

LVT jadikan Pesta Bubur Lambuk acara tahunan

LABUAN, 30 Jun (Bernama) – Pasukan Sukarelawan Labuan (LVT) menganjurkan Pesta Bubur Lambuk bersempena Ramadan di sini semalam. Sebagai sebahagian daripada acara pesta itu, LVT mengagihkan 450 bungkusan bubur lambuk kepada petugas Hospital Nukleus dan mangsa kebakaran di Kampung Saguking.

Naib Presidennya, Mohammad Zaidin Zainuddin berkata program itu akan dijadikan acara tahunan LVT.

LVT adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada Mac tahun ini dengan matlamat untuk berkhidmat kepada masyarakat dan golongan yang memerlukan bantuan serta melaksanakan program kebajikan untuk penduduk Labuan. LVT kini mempunyai 40 anggota termasuk belia dan diketuai Presiden Mickey Lee Tai Heng. Motto LVT ialah ‘Charity As A Life Philosophy’ (Kebajikan Sebagai Falsafah Kehidupan).

Anggota LVT mengagihkan sejumlah 450 peket “Bubur Lambuk” kepada kakitangan hospital dan mangsa kebakaran Kampung Saguking di Hospital Nucleus kelmarin. – Bernama
Anggota LVT mengagihkan sejumlah 450 peket “Bubur Lambuk” kepada kakitangan hospital dan mangsa kebakaran Kampung Saguking di Hospital Nucleus kelmarin. – Bernama