Lydia harap Tiger kembali pulih

Lydia harap Tiger kembali pulih

SINGAPURA, 2 Mac (AFP) – Pilihan nombor satu dunia wanita, Lydia Ko memberikan penghormatan ‘rol modelnya’ Tiger Woods semalam, menyuarakan harapan pemain legenda golf itu akan pulih dari kecederaan dan menyertai semula jelajah.

Bercakap kepada AFP sebelum pertandingan Juara–Juara Wanita HSBC di Singapura, pemain itu, 18, berkata Woods adalah duta besar bagi sukan tersebut.

“Tidak mengira apa yang dilalui Tiger pada masa sekarang, Tiger akan tetap menjadi Tiger. Tiger mengembangkan sukan itu, ramai pemain yang beraksi dalam jelajah atau memulakan sukan itu kerana Tiger,” kata pemain dari New Zealand itu, yang bertukar menjadi pemain pro apabila berusia 16 tahun.

Ko menjadi pemain termuda untuk memenangi kedudukan nombor satu pada tahun lepas pada usia 17 tahun, yang mengatasi rekod Woods dengan empat tahun.

Ko, yang berkata dia belum lagi menyaksikan Woods beraksi secara langsung, menggambarkannya sebagai ‘hebat’. “Dia menjadi rol model…saya rasa apa yang dilakukannya untuk mengembangkan permainan adalah menarik dan berharap dia kembali sihat dan kembali ke jelajah,” tambahnya.

Ulasannya itu menyusul spekulasi bahawa keadaan belakang Woods, di mana dia menjalani beberapa pembedahan, semakin teruk dan kerjayanya mungkin akan berakhir.

Juara 14 kali itu tidak beraksi golf secara kompetitif sejak Ogos tahun lepas, apabila terikat di kedudukan ke-10 di Wyndham Championship.

ARTIKEL YANG SAMA