Lydia ketuai LPGA kembali ke AS

Lydia ketuai LPGA kembali ke AS

LOS ANGELES, 17 Mac (AFP) – Pemain nombor satu dunia, Lydia Ko, yang mempertahankan gelaran Terbuka Wanita New Zealand bulan lalu, mengetuai LPGA kembali ke Amerika Syarikat selepas pemenang Asia itu memulakan persaingan Piala Founders hari ini.

Pemain kelahiran Soul itu, 18, memenangi gelaran di laman sendiri buat kali ketiga dalam tempoh empat musim sementara LPGA menganjurkan persaingan di Australia, Singapura dan Thailand sebelum kembali ke Phoenis, Arizona.

“Ia sememangnya bagus untuk kembali ke persaingan terbuka kebangsaan. Ia mungkin dihadiri oleh penonton yang ramai di mana saya beraksi di depan mereka,’ kata Ko. “Mereka bukanlah semua peminat golf. Mereka cuma mahu datang dan bergembira.” Sekarang Ko membuat pusingan dengan selebriti sukan lain, termasuk juara NBA, Golden State Warriors, bintang ragbi Newzealand, Israel Dagg dan Park Chan Ho, pemain kelahiran Korea Selatan pertama dalam sejarah Major League Baseball di mana dia beraksi dalam pro-am semalam.

“Ia adalah menarik untuk beraksi disamping pemain legenda seperti dia dan dia menyukai golf, jadi ia adalah menarik untuk dilihat,’ kata Ko. “Anda tidak akan mendapatkan banyak peluang untuk beraksi bersama pemain seperti Chan Ho Park, jadi ia peluang yang bagus bagi saya.”

ARTIKEL YANG SAMA