Lydia Ko dekati gelaran ke-3 CME Globe

Lydia Ko dekati gelaran ke-3 CME Globe

NAPLES, Amerika Syarikat, 17 Nov – Pemain golf wanita nombor satu, Lydia Ko akan mengejar gelaran ketiga berturut-turut CME Globe, minggu ini apabila beraksi pada Kejuaraan Jelajah 2016 yang juga kejohanan penutup tirai Jelajah LPGA musim ini.

Pemain kelahiran New Zealand sebelum ini berjaya memenangi bonus CME Globe berjumlah AS$1 juta pada 2014 dan 2015.

Hadiah wang tunai lumayan itu menjadi milik pemain yang mengutip mata terbanyak sepanjang musim ini. “Bagi saya berada di kedudukan ini dan mempunyai peluang untuk memenangi Globe sekali lagi adalah sesuatu yang hebat,” kata Ko.

Pada 2014, ketika berusia 17 tahun, Ko merangkul gelaran Globe pertama selepas menewaskan Carlota Ciganda pada pusingan playoff. Dia menjadi satu-satunya pemain yang memenangi kedua-dua Kejohanan Jelajah dan Globe pada musim yang sama.

Pada 2015, Ko menamatkan saingan di tempat ketujuh tetapi ia masih mencukupi untuk dia memenangi bonus terbabit.

Ko perlu bekerja keras untuk mengejar kedudukan mata selepas kedudukan pendahulu menjadi milik Ariya Jutanugarn dari Thailand.

Ariya mempunyai 500 mata mendahului Ko menuju ke kejohanan yang dijadualkan bermula hari ini di Kelab Golf Tiburon, Naples, Florida.

“Kedudukan saya sedikit berbeza daripada tahun lepas. Banyak perkara terjadi, namun saya perlu menang minggu ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA