Lydia Ko mantap di pusingan kedua

Lydia Ko mantap di pusingan kedua

LOS ANGELES, 26 Jun (AFP) – Pemain golf wanita nombor satu dunia, Lydia Ko menyamai rekod pada pusingan kedua dengan melakukan 62 pukulan, semalam untuk muncul pendahulu bersama Morgan Pressel di Kejohanan LPGA Arkansas.

Ko melakukan sembilan bawah par menyamai rekod kejohanan dan meletakkannya sebaris dengan pemain Amerika Syarikat (AS), Pressel yang melakukan 14 bawah par 128.

Pressel melakukan keputusan rendah pada tahun ini dengan tiada bogey lapan bawah par 63 pada Jumaat lalu di Kelab Country Pinnacle di Rogers, Arkansas.

Kedua-duanya mara ke pusingan akhir dalam kejohanan 54 lubang dengan mendahului dua pukulan di depan pemain China, Yan Jing dan pemain Kanada, Alena Sharp, yang melakukan 65 dan pemain Taiwan, Candie Kung merakam 66.

Ko yang memburu kejayaan LPGA ketiga pada musim ini, selepas kejayaan di Kia Classic dan ANA Inspiration berturut-turut. Dia pernah bertanding di Arkansas tetapi tidak pernah mengakhiri di kelompok enam terbaik selepas tiga kali percubaan.

Lydia Ko yang kini bersaing dalam kejohanan LPGA Arkansas. – AFP
Lydia Ko yang kini bersaing dalam kejohanan LPGA Arkansas. – AFP

“Ya, tetapi anda perlu melihat keputusan mata, masih ada nombor yang kecil di luar sana, jadi secara tak langsung anda boleh ketinggalan lima, enam pukulan dan anda mungkin membuat pukulan magik dan berada di atas untuk bertarung seperti saya lalui sebelum ini, jadi saya tak rasa anda boleh mengetepikan sesiapa juga,” kata Ko yang melakukan sembilan birdie dan satu eagle pada par lima lubang ke-18.

“Ia membariskan ramai nama besar, jadi biarpun saya mendahului dan terikat dengan Morgan, anda tidak boleh mengetepikan sesiapa antara lima atau empat? Mereka yang mendahului. Jadi saya hanya perlu fokus permainan saya.”

ARTIKEL YANG SAMA