Lydia Ko terikat

Lydia Ko terikat

MIAMI, 5 Feb – Pemain nombor satu dunia Lydia Ko terikat dalam perlawanan selepas permainan diberhentikan akibat hujan semasa pusingan kedua Kejohanan Golf Coates LPGA Tour semalam.

Pemain New Zealand yang berusia 18 tahun itu hampir melengkapkan pusingan beliau pada perlawanan tersebut apabila permainan dihentikan kerana ribut petir di kawasan sekitar Padang golf dan Equestrian Club Golden Ocala di Ocala, Florida.

Pemain golf wanita No. 1 dunia, Lydia Ko membuat pukulan 3 bawah 69 untuk meletakkannya berada empat pukulan di belakang pendahulu, Jang Ha Na pada pusingan pertama di Kejohanan Coates Golf kelmarin.

Pemain berusia 18 tahun tersebut menamatkan saingan hari pertama dengan satu birdie di lubang 18 iaitu birdie keempat di sembilan lubang terakhir.

Pada persembahan tahun lalu, Lydia terikat di tempat kedua untuk meraih kedudukan No. 1 dunia dan terus memenangi lima lagi kejohanan, sekali gus menyapu anugerah pemain terbaik, Race to the CME Globe dan the money title.

Lydia Ko membuat pukulan pada lubang pertama pada pusingan pertama Kejohanan Golf Coates di Kelab Golf Golden Ocala, Florida. - AFP
Lydia Ko membuat pukulan pada lubang pertama pada pusingan pertama Kejohanan Golf Coates di Kelab Golf Golden Ocala, Florida. – AFP

“Sembilan lubang pertama agak suram tapi di sembilan lubang terakhir, kami sudah mula meraih birdie. Pada lubang ke – 10, saya melakukan birdie pertama musim ini. Justeru, saya rasa sangat gembira.

“Jelas, saya ingin mula bermain dengan kompetitif dan menjadi lebih fokus pada sasaran. Saya bermula dengan padu dan saya sangat gembira.

Sementara itu, Ha Na mencatat 7 bawah 65 tanpa bogey dan mendahului tiga pukulan di hadapan enam pemain.

“Permainan hari ini (kelmarin) sangat sempurna tanpa sebarang bogey. Saya akan terus bermain secara bersahaja,” katanya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA