Lydia sedia tawan Inspirasi ANA

Lydia sedia tawan Inspirasi ANA

Kia Classic - Final RoundCALIFORNIA, 31 Mac (Reuters) – Pemain nombor satu dunia, Lydia Ko (gambar) mengakui tidak sabar untuk beraksi pada di kejohanan Inspirasi ANA minggu ini selepas merangkul kejuaraan major sulungnya di Evian Championship tahun lepas.

“Saya anggap ia seperti kejohanan empat hari yang lain dan hanya berseronok di sana selain berharap dapat bermain dengan permainan golf yang baik,” kata Ko kepada pemberita menjelang pusingan pembukaan kejohanan major wanita pertama bagi tahun 2016.

Ko berada pada kedudukan terbaik dalam memburu kejuaraan major kedua berturut-turut selepas memenangi Kia Classic minggu lalu selain mengumpul dua gelaran naib juara dan meraih tempat ketiga dalam lima kejohanan tahun ini.

Bintang remaja New Zealand berusia 18 tahun itu beraksi baik pada Kejuaraan Evian tahun lepas di Evian Les Bains, Perancis, yang mana berjaya mengatasi Morgan Pressel sekali gus menjadi wanita termuda menjuarai kejohanan major.

“Menyertai Evian saya fikir adalah tekanan paling tinggi.

Ia adalah acara terakhir, mungkin kali terakhir saya boleh memecahkan rekod Morgan, “katanya.

Sementara itu di Melbourne, Masters Australia tidak akan diadakan tahun ini, penganjur kejohanan IMG berkata semalam, sambil menambah bahawa ia telah menilai semula acara itu berikutan rombakan perniagaan golfnya.

“Sebagai sebahagian daripada evolusi berterusan IMG terhadap perniagaan acara golf, syarikat itu sedang mengubahsuai konsep terbuka dalam acara Masters Australia bagi memastikan ia adalah sesuatu pengalaman yang bertaraf dunia,” kata IMG dalam satu kenyataan.

“Perubahan dalam skala ini akan dilakukan sebaik mungkin, IMG hari ini mengumumkan bahawa Masters Australia tidak akan dikendalikan pada tahun 2016. IMG akan mengumumkan rancangan baru untuk acara tersebut pada bulan-bulan akan datang.”

Kejohanan tersebut pertama kali diadakan pada tahun 1979, nama Greg Norman menjadi sinonim dengan kejohanan ini pada tahun-tahun sebelum ini, mengumpul enam jaket emas dalam regangan menakjubkan sekitar tahun 1981-1990.

ARTIKEL YANG SAMA