Lydia ungguli Jelajah LPGA ke-11

Lydia ungguli Jelajah LPGA ke-11

CARLSBAD, AS, 28 Mac (AFP) – Pemain nombor satu dunia, Lydia Ko memenangi gelaran Jelajah US LPGA ke-11 ketika mencatatkan kemenangan dengan empat strok di pertandingan Kia Klasik semalam.

Pemain remaja dari New Zealand itu, 18, mencatatkan lima bawah par 67 untuk menamatkan 19 bawah 269 dan memperoleh $255,000 dalam hadiah wang di tempat pertama. Dia akan terus menjadi pemain nombor satu bagi minggu ke 23 berturut –turut.

Kemenangan itu meletakkan Ko dalam kedudukan selesa untuk mara ke pertandingan ANA Inspiration, kejohanan pertama musim ini.

“Saya beraksi dengan konsisten, jadi saya gembira mengenainya. Tetapi siapa tahu apa yang akan berlaku pada esok hari,’ kata Ko.

Ko mengekalkan pendahuluan menerusi pusingan keempat ketika dia berada pada hari terakhir dengan mendahului tiga pukulan.

Lydia ketika menjulang piala yang diserahkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KIA Amerika Utara Jang Won Sohn selepas pusingan akhir KIA Classic di Park Hyatt Aviara Resort kelmarin. - AFP
Lydia ketika menjulang piala yang diserahkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KIA Amerika Utara Jang Won Sohn selepas pusingan akhir KIA Classic di Park Hyatt Aviara Resort kelmarin. – AFP

Dia menamatkan dengan tujuh birdie, termausk birdie pada setiap tiga lubang terakhir.

Park In-Bee dari Korea Selatan membuat pukulan lima bawah 67 untuk menamatkan secara persendirian di tempat kedua dengan 15 bawah 273. Dia menghasilkan birdie dengan tiga dari lapan lubang pertamanya semalam untuk memberikan tekanan ke atas Ko.

“Saya mengungguli kedudukan dan menyaksikan In-Bee menghasilkan banyak birdie,’ kata Ko. ‘Saya tahu saya perlu focus sehingga akhir pertandingan.

“Saya bernasib baik, saya menghasilkan birdie, dan ia jelas membantu.”