Lyon ikat Rafael empat tahun

Lyon ikat Rafael empat tahun

LYON, 5 Ogos (AFP) – Pemain Manchester United, Rafael menyertai Lyon selepas kedua-dua kelab itu mencapai kata sepakat mengenai perpindahan pertahanan kanan Brazil itu, umum kelab Perancis itu kelmarin.

Pemain berusia 25 tahun itu lulus pemeriksaan perubatan dan akan mengikat kontrak empat tahun dengan bekas juara Perancis itu.

Rafael menyertai United bersama saudara kembarnya Fabio dari Fluminense pada 2008 dan meninggalkan Manchester dengan tiga kejuaraan Liga Perdana dan satu Piala Liga.

Musim lalu dia hanya beraksi 10 kali ketika jurulatih baru Louis van Gaal lebih kerap menurunkan Antonio Valencia.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong Manchester United dengan sokongan diberikan sejak lapan tahun lalu,” tulisnya dalam Twitter.

Rafael yang beraksi dengan Brazil dua kali, pemain baru ketiga Lyon pada musim panas ini selepas kehadiran Claudio Beauvue dari Guingamp dan Jeremy Morel dari Marseille.

ARTIKEL YANG SAMA