Lyon, Monaco rebut tempat kedua

Lyon, Monaco rebut tempat kedua

PARIS, 1 Mei (AFP) – Lyon menewaskan Gazelec-Ajaccio 2-1 awal pagi tadi untuk kekal di kedudukan kedua Ligue 1 dan sekali gus memperoleh tiket automatik ke Liga Juara-Juara.

Bekas juara Perancis itu kini dalam pemburuan sengit dengan Monaco bagi tempat kedua, dengan hanya dibezakan perbezaan gol.

Monaco terus memberi tekanan kepada Lyon dengan menewaskan Guingamp 3-2 bagi membolehkan pemenang ditentukan dalam saingan minggu depan.

“Kami berhak memperoleh kejayaan itu, kini kami akan bermain ‘di final’ (di Lyon),” kata jurulatih Monaco, Leonardo Jardim.

“Monaco akan bermain buat kali kedua dalam permainan ini. Kami akan memulakan persediaan bagi perlawanan ini bermula Isnin kerana esok (Ahad, 1 Mei) adalah hari cuti bagi semua orang.”

Rafael (kiri) bersaing dengan pemain Ajaccio semasa perlawanan di Stadium Parc Olympique Lyonnais di Decines-Charpieu, semalam. – AFP
Rafael (kiri) bersaing dengan pemain Ajaccio semasa perlawanan di Stadium Parc Olympique Lyonnais di Decines-Charpieu, semalam. – AFP

Terdahulu, Nantes memberi tamparan kepada Nice yang mengharapkan kelayakan ke Liga Juara-Juara selepas menewaskan mereka 1-0.

Lyon mendahului apabila pemain pertahanan, Rachid Ghezzal menjaringkan terus dari satu sudut.

Selang beberapa minit kemudian, Maxwell Cornet menjaringkan gol hasil dari permainan baik oleh Alexandre Lacazette dan Rafael.

Empat minit selepas rehat pelawat merapatkan lagi jurang dengan Gregory Pujol menjaringkan gol selepas serangan balas.

ARTIKEL YANG SAMA