M2S FT muncul juara

M2S FT muncul juara

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Kejohanan Futsal 7-Penjuru Terbuka 2015 berakhir dengan kejuaraan menjadi milik M2S FT selepas berjaya mengumpul 11 mata, 9 jaringan dan 6 bolos hasil dari tiga menang, dua seri dan satu kalah.

Family Team yang turut mengumpul 11 mata dari hasil yang sama hanya perlu berpuas hati merangkul naib juara akibat jumlah jaringan yang lebih rendah berbanding M2S FT walaupun masih mencatat perbezaan gol yang sama, +3 dari 6 jaringan dan 3 bolos.

Fun Five FT walaupun tidak kalah dalam keenam-enam perlawanannya hanya menduduki tangga ketiga dengan 10 mata selepas hanya mencatat dua menang dan empat seri.

Sementara itu, B-Muda FT ‘A’ pula dengan lapan mata menduduki tempat keempat.

Barisan pemain M2S FT yang muncul juara kejohanan Futsal 7-Penjuru Terbuka 2015.
Barisan pemain M2S FT yang muncul juara kejohanan Futsal 7-Penjuru Terbuka 2015.

Dalam pada itu tempat kelima pula dihuni oleh pasukan M FT yang mengumpul empat mata, disusuli B-Muda FT ‘B’ di tempat keenam dengan empat mata dan SBB FT di tangga terbawah dengan dua mata.

Kejohanan tersebut telah berlangsung di Padang Bola Sepak Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak.