MA hulur sumbangan

MA hulur sumbangan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 3 Julai – Sebagai salah satu kegiatan berkebajikannya dan dengan hasrat untuk membantu meringankan beban masyarakat yang memerlukan, Persatuan Malayali (MA) telah menghulurkan sumbangan kepada orang-orang yang memerlukan pada majlis bersempena bulan Ramadan yang diadakan di Pusat Insani, di sini, baru-baru ini.

Dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim (MPM) Seria, MA telah menyumbangkan bantuan kepada lebih 20 orang daripada kalangan keluarga yang memerlukan melalui pemilihan MPM Seria.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Seria, Haji Jamail bin Haji Linap.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Presiden MA, Ajayan P. Vasu yang juga telah merakamkan penghargaan kepada MPM Seria kerana telah memberikan peluang persatuan itu menyertai kegiatan berkebajikan tersebut.

Aktiviti tersebut juga merupakan sebahagian daripada kegiatan kemasyarakatan persatuan tersebut yang diadakan setiap tahun, dengan tujuannya antara lain untuk mengeratkan silaturahim dengan masyarakat dan juga dengan ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung di daerah ini.

Penyampaian sumbangan kepada keluarga yang memerlukan anjuran bersama Persatuan Malayali dan Majlis Perundingan Mukim Seria.
Penyampaian sumbangan kepada keluarga yang memerlukan anjuran bersama Persatuan Malayali dan Majlis Perundingan Mukim Seria.

ARTIKEL YANG SAMA