Maaf Pep – Messi

Maaf Pep – Messi

BARCELONA, 7 Mei (AFP) – Lionel Messi menjaringkan dua gol dan memberikan umpanan kepada Neymar dalam 13 minit terakhir ketika Barcelona menewaskan Bayern Munich 3-0 dalam aksi pertama separuh akhir Liga Juara–Juara, untuk memastikan pasukan Pep Guardiola pulang ke Jerman dengan kekecewaan.

Dalam kemunculannya yang ke-100 di arena Eropah, dua gol Messi mengembalikannya di depan Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa dengan 77 gol dalam Liga Juara–Juara dan Barca menuju final pertama dalam tempoh empat tahun.

Manuel Neuer mengekalkan saingan Bayern dengan beberapa penyelamat menarik, tetapi tidak menjadi apabila Messi menjaringkan gol pembukaan dari luar kotak penalti pada minit ke-77 dan kemudian menewaskan penjaga gol dari Jerman itu tiga minit kemudian.

Messi kemudian memberikan umpanan kepada Neymar pada minit akhir untuk menewaskan Neuer dan menyerahkan Bayern tugasan mustahil dalam aksi kedua minggu depan.

Lionel Messi (kanan) menjaringkan gol semasa menentang Bayern Munich dalam pusingan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara di stadium Camp Nou semalam. – AFP
Lionel Messi (kanan) menjaringkan gol semasa menentang Bayern Munich dalam pusingan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara di stadium Camp Nou semalam. – AFP

Guardiola yang menjadi jurulatih paling berjaya Barca setelah memenangi 14 trofi di antara 2008 dan 2012 menerima sambutan hangat daripada peminat tuan rumah ketika duduk buat kali pertama di gelanggang luar. Bagaimanapun, taktik awalnya untuk menurunkan tiga pemain pertahanan jelas tidak menjadi.

Tekanan Bayern memaksa Barca bermain lebih lama, tetapi hampir sempurna apabila tandukan Messi tepat kepada Luis Suarez yang berada di belakang benteng Bayern selepas minit ke-12.

Neuer bersedia untuk menepis rembatan pemain Uruguay itu menggunakan kakinya, tetapi Suarez menjadi penghantar gol pembukaan apabila hantarannya ke arah Neymar menyaksikan bola melorong ke arah Rafinha dan melantun ke belakang.

Pasukan pelawat kemudian mendapat peluang besar apabila Thomas Mueller mendapatkan Robert Lewandowski yang tidak dikawal, tetapi pemain antarabangsa Poland itu menyaksikan rembatannya tersasar.

ARTIKEL YANG SAMA