MAB dapat sijil pengendali udara

MAB dapat sijil pengendali udara

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Malaysia Airlines Bhd (MAB) menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu terbang sebagai MAB pada 1 Sept, 2015.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata dengan AOC itu, Malaysian Airline Systems Bhd (MAS) kini boleh menumpukan kepada peralihan kepada MAB, syarikat penerbangan nasional baru.

Bakal Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Christoph Mueller berkata AOC itu merupakan bukti kepada semua kakitangan di MAS yang bekerja kerja untuk memenuhi semua keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh DCA. Untuk layak mendapatkan AOC itu, MAB berkata, ia perlu menjalani aktiviti audit selama berbulan-bulan yang termasuk kebolehpercayaan operasi penerbangan syarikat penerbangan itu, penyenggaraan pesawat serta pematuhan kawal selia. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA