MAB hulur sumbangan Raya

MAB hulur sumbangan Raya

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 17 Julai – Persatuan Malayali Brunei (MAB), hari ini, telah menghulurkan sumbangan peruntukan makanan bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga-keluarga daif yang tinggal di sekitar Mukim Seria, pada majlis yang berlangsung di Dewan Pusat Insani, Seria.

Majlis yang dianjurkan buat kali kedua berturut-turut oleh MAB dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim Seria itu dihadiri oleh kira-kira 70 orang masyarakat tempatan dan Malayali.

Acara yang dipengerusikan oleh Penghulu Mukim Seria, Haji Jamail bin Haji Linap itu bermula dengan bacaan doa diikuti ucapan ringkas Haji Jamail, yang antara lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAB kerana tampil membantu keluarga-keluarga daif di kawasan mukim berkenaan.

Menurut beliau, acara seumpama ini memberikan peluang kepada ahli MAB untuk menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian masyarakat setempat bersama warga Malayali yang bekerja di Brunei Darussalam khususnya di Daerah Belait.

ATAS/BAWAH: Salah seorang wakil dari MAB bersama Penghulu Mukim Seria menyerahkan sum-bangan derma peruntukan makanan kepada para penerima.
ATAS/BAWAH: Salah seorang wakil dari MAB bersama Penghulu Mukim Seria menyerahkan sum-bangan derma peruntukan makanan kepada para penerima.

p05-2_20150718

Sesi bergambar ramai penerima-penerima sumbangan peruntukan makanan daripada MAB di Pusat In-sani, Seria.
Sesi bergambar ramai penerima-penerima sumbangan peruntukan makanan daripada MAB di Pusat In-sani, Seria.

Presiden MAB, Renjit Gopalakrishnan memberi jaminan bahawa persatuan berkenaan akan terus mengadakan aktiviti yang dapat merapatkan lagi silaturahim di antara masyarakat Malayali dengan penduduk Seria.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kebajikan MAB, Jose Kuncheria, Anil Kumar dan Rajesh PC.

ARTIKEL YANG SAMA