MAB perkenal tempat duduk baru A330

MAB perkenal tempat duduk baru A330

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Malaysia Airlines (MAB) memperkenalkan tempat duduk kelas perniagaan A-330-300 baharu pada Pasaran Pengembaraan Dunia di London pada Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAB berkata pelanggan berpeluang menikmati keselesaan tempat duduk yang direka dengan ruang luas untuk bekerja, bermain atau tidur itu bermula April 2016.

Malaysia Airlines to cut 30 per cent of jobs as part of revamp

“Semua tempat duduk kelas perniagaan A330 akan menampilkan tempat tidur yang mendatar sepenuhnya bagi memberi keselesaan kepada penumpang kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Group Christoph Mueller.

Menurut kenyataan itu, semua 15 pesawat A330-300 milik MAB akan dipasang tempat duduk baharu itu menjelang September 2016.

Pada masa ini, pesawat A330-300 MAB dilengkapi 27 tempat duduk kelas perniagaan dan 263 untuk kelas ekonomi.

ARTIKEL YANG SAMA