Macri Presiden baru Argentina

Macri Presiden baru Argentina

BUENOS AIRES, 23 Nov (AFP) – Calon pembangkang, Mauricio Macri memenangi pilihan raya presiden negara itu, sekali gus menyaksikan berakhirnya era pemerintahan Presiden Cristina Fernandez dan mendiang suaminya selama 12 tahun.

Calon parti pemerintah, Daniel Scioli, yang dipilih untuk menggantikan Fernandez, mengaku tewas lewat malam tadi dan memberi ucapan tahniah kepada Macri atas kemenangannya.

“Hari ini adalah hari bersejarah,” kata Macri, dalam ucapan di hadapan beribu penyokong yang membanjiri sekitar Bandaraya Buenos Aires bagi meraikan kemenangannya.

Macri memenangi pilihan raya Presiden Argentina selepas mengalahkan saingan terdekatnya Daniel Scioli - AFP
Macri memenangi pilihan raya Presiden Argentina selepas mengalahkan saingan terdekatnya Daniel Scioli – AFP

“Ia perubahan satu era,” katanya. Setakat ini daripada 75 peratus undi yang dikira, Macri memperoleh 53 peratus sokongan berbanding 47 peratus diperoleh Scioli.

Kemenangan Macri yang disifatkan mempunyai dasar mesra perniagaan adalah dijangkakan sejak pusingan pertama pengiraan undi pada 25 Oktober lalu untuk mengetepikan cabaran Scioli, gabenor Wilayah Buenos Aires.