Macri terajui ekonomi Amerika Latin

Macri terajui ekonomi Amerika Latin

BUENOS AIRES, 23 Nov (AFP) – Argentina, dalam menolak Presiden berhaluan kiri Cristina Krichner, yang akan menamatkan tempoh jawatannya, telah melantik presiden kerajaan pro-pasaran untuk menerajui ekonomi ketiga terbesar Amerika Latin itu.

Mauricio Macri, presiden Konservatif yang baru dilantik, yang baru memenangi pilihan raya ulangan semalam menjanjikan era baru ‘mengagumkan’ bermula bagi negaranya, yang dibelenggu ketidakstabilan ekonomi selama bertahun-tahun.

Bekas eksekutif bola sepak dan calon kesukaan perniagaan besar dan pelabur asing, Macri dijangka menjadi pemimpin liberal Argentina paling berjimat cermat sejak 1990an.

“Ini adalah hari bersejarah, perubahan era yang akan mengagumkan,” Macri memberitahu para penyokong yang bertepuk sorak selepas saingannya Daniel Scioli mengakui kekalahannya.

“Kita tidak boleh membuang masa dengan membalas dendam,”ujarnya lewat semalam. Sejurus selepas itu beliau menari ‘cumbia’ Argentina dengan muzik yang amat kuat.

Macri dan Scioli bersaingan sengit bagi mendapatkan undi di sebuah negara yang layu selepas 12 tahun di bawah pemimpin berhaluan kiri Cristina Kirchner dan presiden sebelumnya yang juga mendiang suaminya, Nestor Krichner.

ARTIKEL YANG SAMA