Macy’s turut putus hubungan dengan Trump

Macy’s turut putus hubungan dengan Trump

NEW YORK, 2 Julai (AFP) – Macy’s menjadi syarikat terbaru yang memutuskan hubungan dengan Donald Trump semalam, dengan mengumumkan ia akan menamatkan keluaran pakaian Trump ekoran kenyataan orang berpengaruh itu tentang penghijrah-penghijrah Mexico.

“Macy’s adalah syarikat yang berpegang pada kepelbagaian dan penerimaan,’ menurut pasar raya itu. “Kami tidak bertolak ansur dengan diskriminasi dalam sebarang bentuk.”

“Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Donald Trump, yang tidak konsisten dengan nilai-nilai Macy’s, kami memutuskan untuk memutuskan hubungan perniagaan kami dengan Trump dan akan menghentikan koleksi pakaian lelaki Trump yang telah dijual oleh Macy’s sejak tahun 2004.”

Langkah itu muncul ketika pengumuman Univision dan NBC untuk memutuskan hubungan dengan Trump selepas jutawan becok itu menyinggung perasaan kebanyakan orang Latin ketika ucapannya dalam mengumumkan kempen presidennya.

“Apabila Mexico menghantar rakyatnya, mereka tidak menghantar yang terbaik,” Trump berkata pada 16 Jun lalu.

Beliau menambah kata “Mereka menghantar mereka yang mempunyai banyak masalah dan mereka membawa masalah itu dengan kami. Mereka membawa dadah. Mereka membawa jenayah. Mereka perogol. Dan sebilangan, saya menganggap ‘adalah orang baik”

Penyokong Latin membidas ulasan Trump sebagai tidak bertanggung jawab dan taksub. Surat rayuan online dari kumpulan progresif MoveOn menyeru Macy’s “menyingkirkan Trump” kerana kelakuannya yang “tidak menyenangkan, teruk dan hina”. Surat rayuan itu telah mendapat lebih 730,000 tandatangan.

Keluaran Trump Macy’s termasuklah kancing baju lelaki dan penyepit wang, selain dari sut jalur kecil dan baju French Cuff. Laman sesawang Macy menyenaraikan 88 barangan di bawah keluaran itu, kebanyakannya dijual semalam.

ARTIKEL YANG SAMA