Madrid benam Inter

Madrid benam Inter

GUANGZHOU, 28 Julai (AFP) – Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo mempamerkan persembahan menarik pada separuh masa pertama ketika Real Madrid mengatasi Inter Milan 3-0 dalam persaingan Piala Juara–Juara Antarabangsa di Guangzhou semalam.

Jese, Raphael Varane dan James Rodriguez menjaringkan gol untuk gergasi Sepanyol itu pada perlawanan malam yang panas dan lembap itu, tetapi persembahan dua Galaticos moden itu akan kekal dalam ingatan 39,896 penonton yang memenuhi stadium Tianhe.

Real Madrid mengatasi Manchester City 4-1 di Melbourne Jumaat lalu dan ia sentiasa kelihatan seperti akan menyerahkan nasib serupa kepada Inter apabila dengan cepat berada dalam langkah mereka.

Karim Benzema, yang mengalami kecederaan paha tetapi tidak begitu berisiko, memberikan Jese peluang untuk beraksi dalam peranan serangan tiga serangkai bersama dua pemain termahal dunia, Ronaldo dan Bale.

Dan ia tidak memerlukan masa yang lama bagi Ronaldo untuk menunjukkan hasratnya, pusingan kemas di tengah dan larian kepada Bale membuka ruang ke sudut kiri pada minit pertama tetapi hantaran lintang pemain dari Wales itu tidak menghasilkan apa-apa.

Cristiano Ronaldo (kiri) dan Juan Jesus dari Inter Milan bersaing menanduk bola di udara dalam aksi Piala Juara-Juara Guangzhou semalam. – AFP
Cristiano Ronaldo (kiri) dan Juan Jesus dari Inter Milan bersaing menanduk bola di udara dalam aksi Piala Juara-Juara Guangzhou semalam. – AFP

Seminit kemudian, Juan Jesus dari Inter meluru ke kiri dengan hantaran lintangnya melepasi kepala Mauro Icardi dari jarak enam ela. Tetapi pasukan dari Itali itu hampir menjaringkan gol ketika Madrid mengawal permainan dengan Bale dan Ronaldo bersedia di tengah.

Pada hari lain, mereka mungkin mendapatkan hatrik pada separuh masa pertama dalam persembahan yang menarik. Rembatan pertama Bale tersasar apabila menerima umpanan dari Ronaldo di sudut kiri dan pemain dari Portugal juga mensia-siakan hantaran pemain dari Wales itu beberapa minit kemudian.

Ronaldo kemudian memaksa Samir Handanovic bekerja keras, kedua dari junaman sepakan percuma dari jarak 35 meter yang berjaya ditepis dengan sebelah tangan sementara Bale menjejaskan pertahanan Martin Montoya yang dipinjam dari Barcelona.

ARTIKEL YANG SAMA