Madrid dapatkan khidmat Kiko Casilla

Madrid dapatkan khidmat Kiko Casilla

BARCELONA, Spain, 19 Julai – Real Madrid mendapatkan khidmat penjaga gol Kiko Casilla daripada kelab Sepanyol Espanyol baru-baru ini untuk menggantikan penjaga gol azimat mereka Iker Casillas.

Presiden Espanyol Joan Collet mengumumkan pemindahan Casilla ke Madrid. Dia berkata Madrid bersetuju untuk membayar enam juta euro (AS$6.5 juta) untuk penjaga gol berusia 28 tahun itu.

Casilla berkata dia akan menandatangani kontrak lima tahun dengan Madrid, dan akan berlepas untuk menyertai rakan sepasukannya ketika perlawanan pra-musim mereka di Australia.

Kedatangannya kepada pasukan baru Rafa Benitez akan melemahkan spekulasi yang menghubungkan penjaga gol Manchester United David de Gea dan Madrid.

Casilla ketika sidang media mengenai pengumumannya menyertai kelab Real Madrid. - AFP
Casilla ketika sidang media mengenai pengumumannya menyertai kelab Real Madrid. – AFP

Casilla akan bertanding dengan Keylor Navas untuk berada di kesebelasan utama selepas Casillas meninggalkan Madrid berikutan 16 musim untuk menyertai Porto minggu lepas.

Casilla berkata dia bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan olehnya, seperti mana kebanyakan peminat Madrid, menganggapnya seorang “legenda.”

“Bagi saya dia adalah penjaga gol terbaik dalam sejarah, tetapi saya telah diberikan peluang ini dan saya mahu menggunakannya secara baik,” kata Casilla. “Perbandingan akan dibuat. Dan tekanan tidak akan sama, tetapi saya sudah biasa dengannya.”

Casilla bermain untuk pasukan muda Madrid sebelum berkhidmat dengan kelab Sepanyol lain. Peningkatan permainannya di jaring Espanyol sejak empat musim kebelakangan telah melayakkannya untuk bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol apabila dia menggantikan Casillas pada perlawanan persahabatan menentang Jerman pada 2014. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA