Madrid mungkin hilang beberapa bintang besar

Madrid mungkin hilang beberapa bintang besar

LONDON, 19 Nov (Agensi) – ESPN FC mendakwa, sumber mereka mendedahkan bahawa Real Madrid akan menjual sama ada Bale atau Cristiano Ronaldo pada musim panas ini, dengan kedua-dua pemain telah menyuarakan hasrat mereka untuk meninggalkan Bernabeu.

Bintang Wales berusia 26 tahun itu dilaporkan tidak gembira di Sepanyol dan berhasrat untuk mencari peluang kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.

Red Devils dipercayai amat berminat, tetapi mereka dikhabarkan perlu berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

Sementara itu, pemain Chelsea yang ditandatangani pada musim panas lalu, Papy Djilobodji telahpun bersetuju untuk meninggalkan kelab tersebut pada Januari tahun depan.

Djilobodji, 26, menyertai juara Liga Perdana itu pada tarikh akhir jendela perpindahan dibuka, tetapi hanya diberi peluang beraksi selama seminit bersama kelab tersebut.

Gareth Bale (kiri) dan Cristiano Ronaldo (kanan) mungkin bukan lagi bintang Real Madrid pada musim panas nanti. – Reuters
Gareth Bale (kiri) dan Cristiano Ronaldo (kanan) mungkin bukan lagi bintang Real Madrid pada musim panas nanti. – Reuters

Pemain antarabangsa Senegal itu bersetuju untuk berpindah ke kelab Turki, Besiktas, menurut bekas pengarah sukan Sinan Engin.

Djilobodji diketepikan daripada skuad Liga Juara-juara Chelsea dan karier pendeknya di Stamford Bridge dikatakan bakal berakhir pada sambutan Tahun Baharu.

Arsenal pula didakwa akan mengemukakan bidaan sebanyak 21.1 juta pound untuk mendapatkan bintang Real Madrid, Jese Rodriguez.

Napoli dan Inter Milan juga dikaitkan amat berminat dengan pemain Sepanyol tersebut, tetapi menurut laporan Fichajes, Gunners dilihat sebagai calon pilihan untuk mengetepikan dua pencabar mereka itu.

Pemain sayap tersebut dilihat bakal menghadirkan lebih banyak pilihan buat Arsene Wenger dalam usaha pengurus itu merangkul gelaran Liga Perdana buat kali pertama sejak 2004.

Jese bersedia untuk meninggalkan Real setelah pemain tersebut jarang sekali berada dalam kese­belasan utama sejak Rafa Benitez mengambil alih sebagai pengendali kelab itu musim ini.

ARTIKEL YANG SAMA