Maersk Line mungkin berhasrat beli Hamburg Sud

Maersk Line mungkin berhasrat beli Hamburg Sud

COPENHAGEN, 29 Nov – Unit perkapalan kontena bagi konglomerat Denmark, A.P. Moller-Maersk hari ini enggan untuk memberi komen mengenai laporan yang ia mungkin berhasrat untuk memiliki rakan syarikat Jerman, Hamburg Sud.

Syarikat itu berminat untuk membeli perniagaan itu, yang mempunyai hasil pendapatan sekitar AS$6.7 bilion tahun lepas, dan ‘bukan saja….beberapa buah kapal’, lapor The Wall Street Journal kelmarin, memetik orang yang rapat dengan hal tersebut.

“Atas dasar prinsip, kami tidak akan memberi komen atas khabar angin tersebut,” kata Maersk dalam satu e-mel kepada AFP hari ini.

Pemilik Hamburg Sud, Kumpulan Oetker milik perniagaan keluarga, telah membincangkan penjualan dalam perniagaan perkapalannya, akhbar sama yang melaporkan minggu lepas.

“Hamburg Sud merupakan salah satu yang mempunyai peranan dalam industri itu yang kemungkinannya terlalu kecil untuk mandiri dalam jangka lama. Ia hanya memiliki tiga peratus daripada pasaran,” penganalisis Sydbank, Morten Imsgard memberitahu agensi berita Denmark, Ritzau.

Industri perkapalan berdepan gelombang penggabungan selepas mengalami kemerosotan teruk dalam masa enam dekad di tengah-tengah kapasiti berlebihan dan perdagangan global merosot. – AFP