Maersk temui pegawai Iran berhubung kapal rampasan

Maersk temui pegawai Iran berhubung kapal rampasan

COPENHAGEN, 4 Mei (Reuters) – Maersk Line mengatakan hari ini ia telah bertemu semula dengan Ports & Maritime Organization (PMO) di Iran berkaitan dengan perampasan kapal Maersk Tigris namun belum lagi menerima sebarang dokumen rasmi dari pihak berkuasa Iran.

Maersk Tigris telah dirampas Selasa lalu oleh bot peronda Iran di Semenanjung Hormuz, mencetuskan Amerika Syarikat untuk menghantar kapal bagi memantau situasi itu serta untuk menemani kapal bendera Amerika Syarikat (AS) melintasi semenanjung.

Maersk mengatakan perwakilannya menemui para pegawai PMO Iran, sementara duta Denmark di Iran bertemu dengan para pegawai dari kementerian hal ehwal luar negeri Iran. Bagaimanapun, hanya sedikit               kemajuan sahaja yang kelihatannya telah dilakukan.

“Kami belum lagi menerima sebarang notifikasi bertulis (perintah mahkamah, arahan penangkapan atau yang serupa dengannya) yang berkaitan dengan penangkapan Maersk Tigris atau kes kargo,” tulis Maersk dalam satu kenyataan.

Iran telah mengatakan penangkapan itu melibatkan kes bertahun lamanya berhubungan kargo yang tidak diambil. Maersk juga menyedari kes itu namun mengatakan ia tidak menerima dokumen terbaru daripada perintah baru-baru ini.

Maersk Tigris bukan dimiliki oleh syarikat perkapalan Denmark. Maersk telah mencarter kapal itu, yang menurut operator kapal, Rickmer Shipmanagement dimiliki oleh pelabur persendirian yang tidak didedahkan.

Maersk mengulangi bahawa kru dan kapal itu seharusnya dilepaskan dengan segera. Kedutaan Iran mengatakan dalam satu kenyataan pada Khamis bahawa kapal itu hanya akan dilepaskan sebaik saja kes hutang diselesaikan.