Maghribi ingin sertai semula Kesatuan Afrika

Maghribi ingin sertai semula Kesatuan Afrika

RABAT, 18 Julai – Maghribi ingin menyertai semula Kesatuan Afrika (AU), setelah 32 tahun keluar dari blok tersebut dalam bantahan atas keputusan AU untuk menerima Sahara Barat sebagai anggota, kata Raja Mohammed VI pada Ahad.

Maghribi mengekalkan Sahara Barat, bekas koloni Sepanyol itu, sebagai sebahagian daripada kerajaannya walaupun penduduk tempatan Sahrawi yang diketuai oleh Barisan Polisario sudah lama berkempen bagi hak untuk penentuan nasib sendiri.

“Sudah sekian lama rakan kami telah meminta kami untuk kembali kepada mereka, oleh itu Maghribi boleh mengambil semula tempat asalnya dalam keinstitusian keluarga. Saat itu sudah datang,” kata monarki dalam mesej yang dihantar kepada sidang kemuncak AU yang berlangsung di Kigali, lapor agensi berita Maghribi MAP.

Maghribi sudah lama menduduki kawasan Sahara Barat sejak 1975 dalam satu langkah yang tidak diiktiraf oleh komuniti antarabangsa.

Maghribi keluar dari AU sebagai membantah pada tahun 1984 apabila Republik Demokratik Arab Sahrawi (SADR) telah dimasukkan sebagai anggotanya. – AFP