Magnussen kembali ke skuad kebangsaan

Magnussen kembali ke skuad kebangsaan

MELBOURNE, 15 Sept (Reuters) – Adalah sesuatu yang mengecewakan bagi James Magnussen untuk melihat mahkota 100 meter gaya bebasnya dirampas pada kejohanan renang dunia bulan lepas, tetapi perenang Australia kini sudah pun beransur pulih daripada kecederaannya.

Magnussen kembali menjalani latihan dengan skuad kebangsaan di Canberra selepas terlepas acara dunia akibat pembedahan kecederaan di bahunya.

Rekod 100m juara dunia yang digenggamnya selama empat tahun dipecahkan oleh perenang China Ning Zetao, yang meraih kejayaan dengan mencatatkan masa 47.84 saat.

Catatan peribadi terbaik Magnussen dengan 47.10 saat akan meleraikan semua cabaran pada kejohanan di Kazan, dan perenang Australia itu tekad mempamerkan kehebatannya pada Olimpik Rio tahun depan. “Kejohanan di Kazan adalah masa yang mencabar baginya,” jurulatih Magnussen, Mitch Falvey memberitahu akhbar The Australian.

“Jika apa-apa, masa yang mereka catat memberikannya sedikit keyakinan dan dia teruja untuk kembali bersaing.”

ARTIKEL YANG SAMA