Magnussen patah tangan, terlepas F1 Singapura

Magnussen patah tangan, terlepas F1 Singapura

LONDON, 16 Sept (Reuters)  – Pemandu simpanan McLaren, Kevin Magnussen tidak akan hadir di padang kecil kejohanan Grand Prix Formula Satu Singapura pada hujung minggu ini selepas patah tangannya ketika menunggang basikal.

“Tangan saya patah selepas terjatuh daripada basikal. Lebih baik saya terus memadu kereta,” beritahu pemandu Belanda itu kepada 206,000 pengikut Twitternya semalam, dengan memaparkan gambar tangan kiri yang dibalut selepas memberitahu mereka sebelumnya bahawa dia tidak akan hadir pada perlumbaan malam itu.

Magnussen berlumba untuk McLaren pada musim lalu bersama Jenson Button dan dikerah untuk musim pembukaan 2015 apabila juara dunia Sepanyol Fernando Alonso disingkirkan kerana mengalami konkusi akibat satu nahas dalam ujian.

Pemandu berusia 22 tahun itu kini berusaha untuk memandu untuk tahun 2016, dengan pengarah perlumbaan McLaren Eric Boullier berkata baru-baru ini pasukan berharap dapat membantu dia dan pemimpin Belgium GP2 Stoffel Vandoorne mencari satu tempat di tempat lain.

Kevin Magnussen. – AFP
Kevin Magnussen. – AFP

“McLaren hanya mempunyai dua kereta, hanya dua tempat perlumbaan dan kami mempunyai dua juara dunia dan kami berhasrat untuk mengekal mereka setakat ini,” kata pengarah warga Perancis itu.

“Kevin dan Stoffel adalah amat bagus. Kami menjangka kedua-dua mereka berluma dalam Formula Satu dan jika kami tidak memasukkan mereka, kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan mereka boleh berlumba pada tahun depan.”

Magnussen, yang menduduki tempat kedua dalam perlumbaan F1 dalam kejohanan Grand Prix Australia, juga telah dikaitkan dengan pasukan baru milik Amerika Syarikat dan pasukan Haas Ferrari yang dijangka memasuki sukan itu pada musim depan.

McLaren mengalami tahun yang mengerikan, pasukan kedua paling berjaya dalam sukan itu bergelut dalam musim pertama perkongsian baru mereka dengan Honda. Buat masa sekarang mereka menduduki tempat kesembilan daripada 10 pasukan.

ARTIKEL YANG SAMA