Mahad Islam Brunei juarai bola jaring

Mahad Islam Brunei juarai bola jaring

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 14 Julai – Mahad Islam Brunei muncul juara bagi Kejohanan Bola Jaring Peringkat Akhir bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong 1 selepas menewaskan Sekolah Rendah Tutong Kem yang menduduki di tempat kedua, manakala di tempat ketiga pula disandang oleh Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong.

Kesemua pemenang menerima piala dan pingat kejohanan yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan/Kluster 5, Kementerian Pendidikan, Dayang Khairunnisa binti Haji Ariffin selaku tetamu kehormat.

Kejohanan Bola Jaring Peringkat Akhir bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong 1 dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui cawangan Kokurikulum Daerah Tutong yang telahpun berlangsung pada 13 dan 14 Julai di Dewan Kompleks Sukan Tutong.

Pada tahun ini, Sekolah Rendah Muda Hashim telah menjadi tuan rumah bagi mengendalikan kejohanan bola jaring tersebut

Pegawai Pendidikan/Kluster 5, Kemen-terian Pendidikan, Dyg Khairunnisa me-nyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan Bola Jaring bagi Sekolah-Sekolah Rendah kawasan Tutong.
Pegawai Pendidikan/Kluster 5, Kemen-terian Pendidikan, Dyg Khairunnisa me-nyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan Bola Jaring bagi Sekolah-Sekolah Rendah kawasan Tutong.

Sebanyak lapan buah sekolah rendah di kawasan Tutong 1 telah menyertai kejohanan tersebut dan empat buah sekolah rendah terdiri daripada Sekolah Rendah Muda Hashim, Sekolah Rendah Tutong Kem, Mahad Islam Brunei dan Sekolah Rendah Sinaut telah berjaya ke peringkat ke separuh akhir dan peringkat akhir.

Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk memastikan kanak-kanak di daerah ini berpeluang merasai pengalaman bertanding, selain dapat membina dan mengembangkan minat kanak-kanak untuk menyertai sukan yang diminati.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dan bersosial dengan kawan-kawan baru yang berlainan sekolah, latar belakang, bangsa dan agama, disamping dapat mencari kanak-kanak yang berpotensi untuk dimajukan dalam sukan bola jaring itu nanti.

ARTIKEL YANG SAMA