Maharaja Jepun didiagnos influenza

Maharaja Jepun didiagnos influenza

TOKYO, 29 Feb (Reuters) – Maharaja Akihito, 82, didiagnos dengan influenza selepas demam sepanjang minggu, kata Agensi Istana Negara pada hari ini tanpa memberikan butiran lanjut.

Akihito akan berehat di Istana Imperial, lapor agensi berita Kyodo. Dilahirkan pada 1933, Akihito adalah waris kepada Maharaja Hirohito, ketika Jepun terbabit dalam Perang Dunia Kedua.

Pewarisnya ialah Putera Mahkota, Naruhito, berumur 56. Akihito seorang yang bersuara lembut sering menggesa rakyat Jepun supaya tidak melupakan mereka yang menderita ketika perang dan berusaha mempromosikan perdamaian dengan negara Asia.

ARTIKEL YANG SAMA