Maharaja Jepun lawat Filipina tahun depan

Maharaja Jepun lawat Filipina tahun depan

TOKYO, 4 Dis (dpa) – Maharaja Jepun Akihito dan Maharani Michiko bakal melawat Filipina tahun depan, yang antara atur caranya adalah termasuk upacara memperingati beratus-ratus ribu mangsa perang.

Ia merupakan lawatan kali pertama bagi seorang Maharaja Jepun ke Filipina, di mana lebih setengah juta warga Jepun maut ketika Perang Dunia II, menurut agensi berita Jiji Press hari ini.

Maharaja dan Maharani pernah melawat negara pulau tersebut pada November 1962 ketika mereka berdua masih sebagai Putera dan Puteri Mahkota.

Maharaja Akihito dan Maharani Michiko. – Agensi
Maharaja Akihito dan Maharani Michiko. – Agensi

Hampir sejuta warga Filipina sepanjang peperangan tersebut, majoritinya orang awam, dengan sehingga 10,000 warga Filipina dan Amerika Syarikat terkorban ketika Perarakan Maut Bataan.

Filipina merupakan jajahan AS sehingga sejurus sebelum meletusnya peperangan, apabila Jepun menduduki negara pulau berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA