Mahasiswa dikenalkan industri kreatif

Mahasiswa dikenalkan industri kreatif

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April – Seramai 70 orang mahasiswa dan mahasiswi UBD dari pelbagai fakulti dan ahli-ahli Guild semalam menghadiri Siri Ceramah ke-4 dianjurkan oleh The Guild Graduates of University Brunei Darussalam.

Ceramah bertujuan membantu alumni UBD dan mahasiswa serta mahasiswi untuk membina keyakinan, menyemai kemahiran dan idea-idea menangani persekitaran kerja yang mencabar dewasa ini.

Ceramah bertemakan Industri Kreatif disampaikan oleh Presiden Guild of Graduates, Awang Nuriskandar Hasnan yang menyentuh mengenai industri kreatif bukan sahaja melakukan lakaran dan memberikan warna, ia lebih besar dan berseni di mana-mana sahaja.

Siri ceramah itu juga menjemput dua orang penceramah untuk memberikan aspirasi dan mengangkat kepentingan industri kreatif di negara ini terdiri daripada Awang Syen Sofian yang berpengalaman dalam bidang rekaan dan dunia media digital selama 20 tahun.

Awang Harliff (kanan) semasa menyampaikan ceramah.
Awang Harliff (kanan) semasa menyampaikan ceramah.
Gambar ramai mahasiswa dan mahasiswi bersama penceramah undangan.
Gambar ramai mahasiswa dan mahasiswi bersama penceramah undangan.

Manakala penceramah kedua ialah Pengasas RegalBlue Production, Awang Harliff bin Mohammad, yang menyentuh mengenai pengalamannya dalam dunia produksi dan membimbing penuntut cara berdepan pelanggan dalam dunia sebenar.

Dengan tajuk Creative Sparks, kedua-duanya juga menekankan kepentingan memiliki semangat waja dan bijaksana apabila berada dalam industri kreatif.

Siri ceramah itu bertujuan memberikan sokongan berterusan dan sumbangan kepada komuniti UBD, memberi kesedaran mengenai kepentingan pengetahuan bukan akademik dan kemahiran kurikulum tambahan bagi pra graduan dan penuntut memasarkan diri mereka kepada majikan yang berpotensi. Selain itu, ceramah juga meningkatkan persediaan penuntut untuk kerjaya mereka dalam menghasilkan graduan serba lengkap dalam bidang masing-masing dan juga mendedahkan mereka kepada kemahiran dan pengetahuan perkembangan kerjaya di luar kehidupan di universiti.

ARTIKEL YANG SAMA