Mahasiswa laksana Projek Minal Masjid Ilal Infaq

Mahasiswa laksana Projek Minal Masjid Ilal Infaq

Oleh Mahirah Hazman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Bagi menyemarakkan lagi Awal Tahun Hijrah 1437, seramai 28 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengadakan acara Projek Khidmat Masyarakat mereka ‘Minal Masjid Ilal Infaq’ yang bermaksud ‘Dari Masjid dan Berinfak’, di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Ketua Kampung Jerudong, Haji Mohd Rais bin Haji Ishak.

Turut hadir ialah penaung takmir masjid, penasihat dan ahli Majlis Perundingan Kampung Jerudong, imam-imam masjid berkenaan, serta ahli Muslimah masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

Pengerusi projek itu, Awang Mohd Fadhilah bin Hifni berkata ‘Minal Masjid Ilal Infaq’ itu adalah projek mahasiswa Kumpulan 18 yang mengikuti modul Melayu Islam Beraja yang bertujuan untuk memupuk sifat perpaduan dalam menjaga kebersihan masjid dan bersifat ringan tulang dalam membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

Mohd Fadhilah (kanan) ketika menyerahkan barangan wakaf kepada Haji Mohd Rais.
Mohd Fadhilah (kanan) ketika menyerahkan barangan wakaf kepada Haji Mohd Rais.

ARTIKEL YANG SAMA