Mahasiswa SHBIE anjur Projek Maritah Berdudun

Mahasiswa SHBIE anjur Projek Maritah Berdudun

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Suriati Haji Mohamad

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Mahasiswa dan mahasiswi Sarjana Pendidikan Pengajian Islam dan Sarjana Pendidikan Melayu Islam Beraja, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE) Universiti Brunei Darussalam hari ini menganjurkan Projek Maritah Berdudun di Dewan Serba guna UBD di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Dekan SHBIE, Dr. Jainatul Halida binti Haji Jaidin yang turut berkesempatan menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Projek Maritah Berdudun itu.

Projek berkenaan antaranya melibatkan pelajar-pelajar UBD yang terdiri daripada kalangan pegawai-pegawai pelajaran sekolah menengah, rendah, guru-guru agama dan juga pegawai dari jabatan kerajaan lain yang mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan pelajar separuh masa serta beberapa orang penuntut UBD yang melanjutkan pengajian peringkat sarjana.

Gambar ramai peserta projek bersama tetamu kehormat di akhir majlis itu, kelmarin.
Gambar ramai peserta projek bersama tetamu kehormat di akhir majlis itu, kelmarin.

Antara objektif projek ini adalah sebagai salah satu syarat untuk memenuhi tugasan Kursus Perkembangan Kurikulum dan Inovasi Pendidikan Agama dan Perkembangan kurikulum dan Inovasi Pendidikan Melayu Islam Beraja. Ia turut memberikan pengalaman dan pendedahan kepada para peserta projek memikul tanggungjawab khususnya dalam menjadikan Pengajian Islam dan MIB lebih berkesan serta memberikan impak kepada pelajar.

Selain daripada itu, ia juga menjadi platform perkongsian idea dan produk kreativiti serta inovasi dalam kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Islam dan Melayu Islam Beraja kepada guru-guru.

Ia turut dihasratkan menjadi wadah mengembangkan potensi Intelektual mahasiswa mahasiswi khususnya Program Ijazah Sarjana Pengajian Islam dan Melayu Islam Beraja, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE).

ARTIKEL YANG SAMA