Mahasiswa UMS lawat BIBD

Mahasiswa UMS lawat BIBD

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Kira-kira 32 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Kampus Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghadiri pembentangan ringkas dari Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) di cawangan BIBD Kiulap, hari ini.

Menurut kenyataan BIBD, di sini, lawatan itu bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih baik kepada para mahasiswa dan mahasiswi mengenai kewangan Islam di samping taklimat ringkas mengenai kerja-kerja harian bank tersebut.

Ia diakhiri dengan lawatan ringkas di bank berkenaan.

Gambar ramai pelajar UMS dan pegawai BIBD.
Gambar ramai pelajar UMS dan pegawai BIBD.

ARTIKEL YANG SAMA