Mahasiswa UNISSA hadiri kemuncak Pelajar Islam ASEAN

Mahasiswa UNISSA hadiri kemuncak Pelajar Islam ASEAN

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Lima orang mahasiswa daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menghadiri Sidang Kemuncak Pelajar Islam ASEAN di Universiti Selangor, Kampus Bestari Jaya, Selangor Malaysia bermula hari ini hingga 18 Januari.

Sidang kemuncak kali kedua itu akan menampilkan ucaptama yang disampaikan oleh Tan Sri Profesor Dr. Kamal Hassan dengan tajuk Islamic Brotherhood and Unity in the context of ASEAN Concept.

Manakala pembentangan kertas kerja dan seminar yang lain akan menyentuh bagaimana belia Islam memainkan peranan penting di dalam bidang pendidikan, ekonomi, kemasyarakatan dan kepimpinan dalam konteks penubuhan Satu Komuniti ASEAN.

Mahasiswa dan mahasiswi UNISSA yang akan menyertai persidangan tersebut.
Mahasiswa dan mahasiswi UNISSA yang akan menyertai persidangan tersebut.

Melalui persidangan itu, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA juga berpeluang meneroka isu-isu penting yang berkaitan dengan peranan mereka sebagai belia Islam ASEAN dan juga membina jaringan strategik, di samping berkongsi pengalaman bersama dengan pelajar dari institusi lain di negara-negara ASEAN.

Selain itu, mereka juga akan terlibat dalam perbincangan mengenai penubuhan dan perlaksanaan ASEAN Muslim Students Union atau Persatuan Pelajar Muslim ASEAN.

ARTIKEL YANG SAMA