Mahathir menyeru ‘kuasa rakyat’

Mahathir menyeru ‘kuasa rakyat’

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Reuters) – Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad, ikut serta dalam tunjuk perasaan anti kerajaan untuk hari kedua hari ini, menyeru bagi langkah “kuasa rakyat” untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak atas skandal kewangannya.

“Satu-satunya cara rakyat mendapat kembali sistem lama adalah dengan mereka membuang perdana menteri ini,” kata Mahathir, bekas pemimpin berusia 90 tahun yang sangat dihormati dan suatu ketika penaung Najib dan sekarang pengkritiknya paling hebat.

“Dan untuk membuang dia, rakyat perlu menunjukkan kuasa rakyat. Rakyat yang secara keseluruhannya tidak mahukan pemimpin korupsi sebegini,” beliau memberitahu media sebelum menuju ke perhimpunan itu, yang mana pihak polis menganggarkan seramai 25,000 orang pada petang itu.

Bantahan ini telah dibawa ke jalan-jalan, satu krisis politik yang dicetuskan oleh satu laporan pemindahan wang misteri yang bernilai lebih dari AS$600 juta (RM$2.6 juta) ke dalam akaun peribadi Najib.

Najib, yang menafikan salah laku itu, telah mengharungi ribut dan penganalisis mengatakan bantahan itu tidak mungkin memberikan inspirasi sokongan awam kepadanya untuk letak jawatan disebabkan kekurangan pemimpin kuat.

Mahathir Mohammad yang dilihat menyertai perhimpunan ‘Bersih’ itu. – Reuters
Mahathir Mohammad yang dilihat menyertai perhimpunan ‘Bersih’ itu. – Reuters

Bantahan ini, tidak seperti pada perhimpunan 2012, yang juga kekurangan sokongan daripada parti majoriti orang Melayu: kebanyakan pembantah adalah daripada etnik minoriti Cina dan komuniti India.

Bagaimanapun, Mahathir bekas pemimpin negara yang paling lama berkhidmat merupakan seorang pemimpin parti memerintah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), yang mewakili Melayu.

Timbalan Presiden UMNO Hishammuddin Hussein berkata dengan kehadiran secara tidak disangka-sangka pada perhimpunan anti kerajaan kelmarin, Mahathir telah “melampaui batas”.

Seorang lagi pemimpin UMNO berkata jutaan penyokong kerajaan akan mengadakan perhimpunan “baju merah” pada 10 Oktober ini yang akan melawan bantahan selama dua hari itu.

“Ini menunjukkan kesatuan rakyat Malaysia, bahawa Najib masih mempunyai sokongan majoriti,” Jamal Yunos memberitahu Reuters. Kawalan kekal ketat dan trak-trak anti-rusuhan bersedia, namun tiada laporan keganasan dilaporkan.

Pihak berkuasa bandar menolak satu permohonan daripada kumpulan pro-demokrasi Bersih bagi permit bantahan, yang mana meningkatkan kebimbangan berulangnya perhimpunan 2012, apabila pihak polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.