Mahathir mohon perintah mahkamah bagi bekukan aset Najib

Mahathir mohon perintah mahkamah bagi bekukan aset Najib

KUALA LUMPUR, 20 April – Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah memohon perintah mahkamah bagi membekukan aset Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Permohonan itu bertujuan menghalang Datuk Seri Najib memindahkan, mengeluarkan atau berurusan dengan aset – termasuk hartanah, wang tunai dan aset lain yang disimpan di bank, institusi kewangan dan sebagai saham syarikat – bernilai sehingga RM2.6 bilion, lapor Malay mail Online.

Peguam Tun Dr Mahathir berkata dalam satu kenyataan pada Selasa (19 April) bahawa beliau juga memohon perintah mahkamah bagi Datuk Seri Najib mendedahkan semua aset yang dipegang di bawah nama beliau dan juga di bawah nama orang yang beliau namakan (nomini), menurut Reuters.

Dr Mahathir, dengan dua orang lain, memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib pada bulan lalu, mendakwa rasuah dan salah guna kuasa.

Tuntutan itu juga menuduh Datuk Seri Najib campur tangan dalam siasatan ke atas syarikat pelaburan kerajaan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

ARTIKEL YANG SAMA