Mahathir sedia disiasat

Mahathir sedia disiasat

KUALA LUMPUR, Sept 9 –Bekas pemimpin veteran Malaysia, Mahathir Mohamad kembali daripada perjalanan luar negara hari ini, mengatakan beliau akan mematuhi sebarang siasatan polis bagi komen yang dibuatnya terhadap Perdana Menteri Najib Razak di perhimpunan antikerajaan bulan lalu.

Mahathir mengetuai seruan untuk Najib meletak jawatan atas dakwaan salah urusan dan rasuah dalam syarikat dana pelaburan negara yang dibebani hutang, 1MDB.

Pendirian teguh Mahathir dan tindakan keras Najib untuk mengekang kebencian dalam parti memerintah, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) membangkitkan kebimbangan perpecahan dalam sebuah parti yang sudah pun mengetuai setiap kerajaan semenjak Malaysia meraih kemerdekaan daripada pemerintahan penjajah dalam 1957.

Ketidaktentuan politik sudah menggentarkan keyakinan pelabur dalam ekonomi yang mata wang ringgitnya sudah pun menurun nilainya sebanyak 19 peratus berbanding dolar setakat tahun ini, dan merosot ke tahap yang tidak pernah dilihat semenjak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu.

Mahathir, 90, mengejutkan kebanyakan orang dalam UMNO dan juga parti pembangkang apabila beliau menyertai beribu-ribu pembantah dalam rapat umum dua hari di Kuala Lumpur, dianjurkan oleh aktivis antirasuah bulan lalu.

Mahathir melambai penyokongnya ketika beliau tiba di lapangan terbang Subang, di pinggir Kuala Lumpur, 9 September. Mahathir mengatakan beliau akan mematuhi sebarang siasatan atas komennya semasa satu rapat umum di Kuala Lumpur bulan lalu. – Reuters
Mahathir melambai penyokongnya ketika beliau tiba di lapangan terbang Subang, di pinggir Kuala Lumpur, 9 September. Mahathir mengatakan beliau akan mematuhi sebarang siasatan atas komennya semasa satu rapat umum di Kuala Lumpur bulan lalu. – Reuters

Berucap di rapat itu yang diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa, Mahathir menggelar Najib seorang pemimpin korup dan mengatakan rakyat tidak mahukan beliau.

Polis Malaysia mengatakan komen-komen seumpamanya boleh disiasat, namun bekas perdana menteri paling lama berkhidmat di negara itu terus ingkar.

“Biarkan mereka siasat…itu tugas mereka,” kata Mahathir memberitahu wartawan dan berpuluh-puluh lagi penyokong yang berhimpun di lapangan terbang untuk menyambutnya dari perjalanan peribadi ke Jordan.

Apabila ditanya kemungkinan beliau diberkas kerana mengamalkan hak perlembagaannya, Mahathir mengatakan: “Saya rasa mereka tidak akan melakukannya, namun saya akan mematuhinya.’

Najib berhadapan krisis terbesar kerjaya politiknya susulan laporan media mengenai pemindahan misteri lebih daripada 2 bilion ke dalam akaun di bawah namanya.

Najib menafikan sebarang kesalahan dan mengatakan beliau tidak akan mengambil sebarang wang bagi kepentingan peribadi. Namun dengan skandal itu tidak terhenti, perdana menteri mengukuhkan cengkamannya ke atas kuasa melalui beberapa siri langkah-langkah untuk mengetepikan pembenci dan menutup media yang mengkritik. – Reuters