Mahindra akan beli pereka kereta Itali

Mahindra akan beli pereka kereta Itali

ROM, 9 Sept – Kumpulan Mahindra India dijangka akan memeterai perjanjian untuk mengambil alih pereka automobil Itali, Pininfarina, menurut laporan akhbar perniagaan II Sole 24 Ore hari ini.

Ditubuhkan pada tahun 1930, syarikat yang berpangkalan di Turin itu mereka beberapa kenderaan terkenal termasuk Alfa Romeo Spider 1960-an dan Ferrari Testarossa pada tahun 1980-an, namun mengalami kemerosotan beberapa dekad yang lalu.

Menurut II Sole 24 Ore, Mahindra sedang berunding untuk membeli saham sebanyak 76 peratus yang dipegang dalam Pininfarina oleh Pincar, sebuah syarikat perniagaan yang pernah dimiliki oleh keluarga Pininfarina dan kini dikawal oleh sebuah konsortium bank-bank Itali yang memegang hutang-hutang syarikat.

Persetujuan ambil alih pada awalnya boleh dicapai ‘dalam masa beberapa hari’ sementara perjanjian terakhir ‘boleh ditandatangani pada penghujung akhir bulan ini,” berikutan rundingan antara Mahindra dan bank-bank yang dijadualkan pada hujung minggu, menurut akhbar tersebut.

Pincar mengesahkan rundingan itu masih berterusan dan mengatakan ia boleh ‘menyegerakan perhubungan kepada pasaran dalam mana-mana persetujuan.”

Sebagai perjanjian itu, konglomerat berpangkalan di Mumbai akan memberi modal semula Pininfarina, sementara penghutang firma Itali akan menerima penjadualan semula atau sebahagiannya memusnahkan pembayaran semula hutan, menurut II Sole 24 Ore. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA