Mahkamah arah bayar balik AS$325 juta

Mahkamah arah bayar balik AS$325 juta

JAKARTA, 11 Ogos – Mahkamah Indonesia mengarahkan sebuah yayasan yang diasaskan oleh bekas presiden Indonesia Suharto supaya membayar balik kira-kira AS$325 juta yang digelapkan daripada dana kerajaan, menurut pegawai hari ini.

Mahkamah Agung memutuskan bahawa jumlah yang besar itu, yang datangnya daripada yayasan pendidikan dikawal keluarga Suharto, mestilah dikembalikan, kata jurucakap mahkamah, Suhadi.

Jeneral tentera Suharto memerintah Indonesia selama lebih tiga dekad sehingga beliau digulingkan oleh bantahan popular pada 1998. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA