Mahkamah arah...

Mahkamah arah PM Pakistan disiasat berhubung rasuah

ISLAMABAD, 20 April – Mahkamah Tinggi Pakistan dijangka menentukan nasib Perdana Menteri hari ini dengan perintah berhubung tuduhan rasuah yang mungkin menyaksikan beliau disingkirkan dari jawatannya selepas Panama Papers mengaitkan keluarganya dengan perniagaan luar pesisir.

Keputusan yang begitu dijangkakan itu mengancam akan mengakibatkan parti Nawaz Sharif iaitu parti yang memerintah dilanda kekacauan sebelum pilihan raya agung yang mesti diadakan tahun depan, dan ketika keselamatan dan ekonomi semakin pulih di negara yang dibelenggu ketenteraan militan.

Kontroversi meletus dengan penerbitan Panama Papers tahun lalu, 11.5 juta dokumen rahsia dari firma undang-undang Panama, Mossack Fonseca yang mendokumenkan urusan luar pesisir kebanyakan orang kaya dan berpengaruh di dunia.

Antara elit sejagat yang dibabitkan ialah tiga dari empat orang anak Sharif – anak perempuannya yang juga pewaris politik Maryam dan anak-anak lelakinya Hasan dan Hussein.

Yang menjadi tumpuan berhubung perkara itu ialah kesahan dana yang digunakan oleh keluarga Sharif untuk membeli beberapa hartanah mewah London melalui syarikat-syarikat luar pesisir.

Parti Syarif yang memerintah PML-N menegaskan kekayaan yang diraih secara sah melalui perniagaan keluarga di Pakistan dan Teluk. Tetapi peguam-peguam bagi Imran Khan, iaitu pemain kriket Pakistan yang menjadi ahli politik, yang juga ketua parti Threek-i-Insaf Pakistan (PTI), mengatakan usaha pengesanan oleh Panama Papers tentang dana itu adalah tidak wujud dan berkata tanggung jawab adalah terpulang pada Sharif untuk membuktikan anggota keluarga tidak terlibat dalam pembersihan wang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA