Mahkamah arah rangka garis pandu ketat bagi pengambilan anak angkat

Mahkamah arah rangka garis pandu ketat bagi pengambilan anak angkat

NEW DELHI, 16 Mac (Reuters) – Mahkamah tinggi India telah mengarahkan kerajaan supaya merangka garis panduan yang ketat untuk memeriksa dan menjejaki pengambilan anak angkat selepas sebuah badan kebajikan merayu siasatan persekutuan dalam dakwaan mengatakan kanak-kanak angkat didera.

Parlimen meluluskan satu undang-undang pada Januari bertujuan mengemaskinikan pengambilan anak yatim dan anak ditinggalkan sebagai anak angkat, tetapi peraturan itu masih belum dirangka oleh badan yang bertanggungjawab, Agensi Penyelidikan Pengambilan Anak Angkat CARA.

“Kami berharap dan percaya pihak berkuasa yang terbabit akan mengambil tindakan segera. Kanak-kanak perlu diindungi terhadap penderaan dan penyeludupan,” kata panel yang terdiri daripada tiga hakim dan diketuai oleh Ketua Hakim Tirath Singh Thakur pada Isnin.

“Kepentingan kanak-kanak, sama ada ia adalah pengambilan anak angkat di dalam dan luar negara, perlu dilindungi. Proses pengambilan anak angkat perlu bersifat telus. Ia harus memastikan kebajikan kanak-kanak,” kata arahan mahkamah, menambah garis panduan mesti dirangka dalam tempoh tiga bulan.

Mahkamah mengeluarkan arahan selepas Yayasan Advait di Bangalore mendakwa wujudnya sindiket pengambilan anak angkat yang membabitkan agensi pengambilan anak angkat India dan luar negara.

ARTIKEL YANG SAMA