Mahkamah arah WhatsApp di Brazil disekat 48 jam

Mahkamah arah WhatsApp di Brazil disekat 48 jam

RIO DE JANEIRO, 17 Dis – Aplikasi mesej popular, WhatsApp akan disekat di Brazil selama 48 jam bermula hari ini selepas satu perintah mahkamah, lapor agensi berita negara.

Sebuah mahkamah di Sao Bernardo do Campo mengarahkan operator rangkaian telefon untuk menyekat WhatsApp sebagai hukuman bagi keengganan syarikat itu untuk bekerjasama dengan tuntutan mahkamah berasingan, kata Agencia Brasil dalam laman webnya lewat kelmarin.

Aplikasi berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu digunakan oleh berjuta-juta pengguna di Brazil, negara kelima di dunia yang paling ramai penduduknya. Di seluruh dunia, ia memiliki kira-kira 900 juta pengguna aktif setiap bulan. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA