Mahkamah Bahrain arah blok pembangkang Syiah dibubar

Mahkamah Bahrain arah blok pembangkang Syiah dibubar

DUBAI, 17 Julai – Sebuah mahkamah hari ini mengarahkan pembubaran kumpulan pembangkang utama Syiah Bahrain, Al-Wefaq, menurut sumber badan kehakiman, meskipun kritikan antarabangsa berhubung tindakan keras yang semakin bertambah di kerajaan Teluk yang diperintah ahli sunah ke atas penentang.

Mahkamah pentadbiran di Manama juga mengarahkan dana kepada kumpulan itu, yang dituduh oleh pihak berkuasa ‘memberi pelindungan pengganasan’ antara dakwaan lain, untuk dirampas oleh kerajaan, menurut sumber tersebut. Perintah itu masih boleh dirayu.

Al-Wefaq merupakan kumpulan terbesar dalam parlimen sebelum ahli perundangan meletak jawatan sebagai protes ke atas penghancuran bantahan pada 2011 yang menyeru bagi kerajaan dipilih.

Mahkamah menuduh Al-Wefaq, yang mendapat kebanyakan sokongannya dari majo-riti Syiah Bahrain, ‘mencetuskan keganasan dan menggalakkan tunjuk perasaan yang boleh membawa kepada pergolakan sektarian di negara itu’.

Menurutnya, blok itu telah ‘mengkritik pelaksanaan pihak berkuasa kerajaan – eksekutif, badan kehakiman dan perundangan’. – AFP